Isnin, 11 Jun 2018

Tips Mencari Pendapatan di Kampus

Sebagai seorang pelajar yang datangnya dari sebuah keluarga biasa-biasa, menjadikan kita perlu berdikari dan berusaha sendiri dalam meneruskan hidup diperantauan. Kadangkala keluarga tidak mampu menanggung kita sepanjang pengajian, pinjaman dan biasiswa diterima pula tidak mencukupi. Oleh itu ada beberapa tips atau cadangan yang mungkin boleh membantu sedikit bagaimana pelajar menambah duit poket. Datangnya idea-idea ni daripada pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan.

Tips 1 :

Sangat mudah sebenarnya kalau ada kenderaan sendiri di kampus, sama ada motor atau kereta. Kita boleh jadi runner (orang yang membeli dan menghantar barang) ataupun prebet (orang yang mengambil dan menghantar orang lain). Letakkanlah caj perkhidmatan mengikut kesesuaian. Kebiasaannya orang letak RM7 @ RM15 tapi macam saya bergantung pada keadaan. Starting RM4 ke atas dan maksimum setakat ni pernah caj RM10 ja. Sebab kita pelajar, mereka juga pelajar, jadi perlu ada sedikit timbang rasa ye.

Tips 2 :

Boleh juga buat perkhidmatan sewa motor atau kereta. Ini antara paling masyuk.

Tips 3 :

Sediakan perkhidmatan print atau photostat. Sesuai untuk sesiapa yang ada printer dirumah. Percayalah nanti orang akan pakai perkhidmatan kita ni sebab andaikata ada tugasan kena print, kedai pula tutup malam-malam. Haa ?

Tips 4 :

Berniaga ! Jual saja apa-apa barang keperluan dan paling laku jual makanan @ minuman. Confirm ! Fuhhhh. Tak semestinya kena buka tapak gerai bagai, cukup ada group whatsapp yang banyak, korang sebarkan jualan korang. Hohoho

Tips 5 :

Cari part time. Ni macam risiko sikit sebab korang akan letih dan bila letih, fokus pada pembelajaran tu macam tak seimbang. Takut jejaskan prestasi pula. Tapi kalau pandai bahagikan masa, ON ja !

Tips 6 :

Kalau korang ni jenis pandai repair laptop atau phone, buatlah servis tu. Mesti ramai akan hantar dekat korang. Percayalah...Pelajar ni bila pakai laptop, macam-macam jadi. Rosak la apalah. So ?


Tu antara tips yang ada saya dapat kongsikan lah. Semua tips tu saya dah buat, dah merasa sepanjang jadi pelajar ni. Cuma nombor 2 dan 3 ja tak buat sebab takde printer dan sayang nak sewakan kenderaan dekat orang lain. Hahahah. Semoga idea-idea ni dapatlah membantu sesiapa yang dok fikir nak tambah duit poket takpun yang cari duit kahwin tu kan ? Kalau ada idea baru nanti saya kongsikan ya

Goodluck !